Saturday, July 3, 2010

pasrah duhai hati


Tatkala aku berperasaan dengan dia sahabatku, lain dgn sahabt yang sedia ada sering bergurau, bermesra dan berkonsi segalanya. kami berkonsi dan bersependapat. bagi ku dia adalah ‘penemuan sejati’ yang bertahta di hati. Kadang-kadang aku terlupa bahawa hubungannya dengan ku dibelenggu oleh tekanan dan bebanan. Ia datang tnpa disedari. aku harus sedar yang kami masing2 ada tanggungjawab dan peranan sendiri. tanggungjawab pd pelajaran dan masa depan.Semua itu menjadi sumber tekanan, dan mustahil hubungan nampak indah dalam keadaan masing-masing tertekan dan terbeban. Akan tetapi segalanya nampak indah pada cinta, kerana di situlah ditemui ketenangan.

Bergaduh dengan perasaan sendiri, lari kepada cinta sejati yang setia.

Luahkan segalanya kepada dia.

Dia sungguh memahami.

Tetapi aku terlupa bahawa hubungan cinta itu indah kerana ia belum datang dengan tanggungjawab. Belum ada komitmen. Hanya cinta dan perasaan yang cantik-cantik belaka. Justeru tidak rasional untuk sang hati membandingkan cinta dan cita. Amat salah alasan aku bahawa aku yakin yang kekasihku bakal membahagiakan, tanpa meneliti akan perihal tanggungjawab yang bakal mengiringi lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA.

Berkahwin kerana perasaan tanpa mempedulikan tanggungjawab dan bebanan, adalah kebudak-budakan yang mengundang kehinaan. Kematangan usia gagal mematangkan pertimbangan.cari lah hikmah hati yg dimana trletaknya cinta yg dicari...

No comments:

Post a Comment